KWSP
Trending

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Akaun 1 & Akaun 2 Yang Dibenarkan

Hanya Akaun 1 sahaja yang membenarkan pengeluaran secara penuh manakala Akaun 2 hanya meluluskan pengeluaran sebahagian simpanan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Akaun 1 & Akaun 2 Yang Dibenarkan. Pengeluaran Simpanan KWSP terbahagi kepada dua iaitu melalui Akaun 1 dan Akaun 2.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

BERUMUR 55 TAHUN – AKAUN 1

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

PEKERJA BERPENCEN – AKAUN 1

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

HILANG UPAYA – AKAUN 1

Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

KEMATIAN – AKAUN 1

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

MELANGKAH KE MAKKAH / HAJI – AKAUN 2

Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

PEMBELIAN RUMAH – AKAUN 2

Bagi pencarum warganegara Malaysia dan bukan Warganegara anda turut boleh membuat pengeluaran Akaun 2 untuk membeli rumah kediaman.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button