KWSP
Trending

Cara-Cara Pengeluaran Wang KWSP Melalui Akaun 3

Pada Belanjawan 2024 lalu, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumkan akan membuka lagi satu akaun baru KWSP untuk pencarum iaitu Akaun 3 / Fleksibel.

Cara-Cara Pengeluaran Wang KWSP Melalui Akaun 3. Akaun 3 KWSP atau lebih dikenali sebagai Akaun Fleksibel dijangkakan akan dilaksanakan pada April ini namun telah dimaklumkan dan akan diperkenalkan pada Mei depan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

AKAUN 3 – FLEKSIBEL KWSP

Akaun 3 ini dikenali sebagai Akaun Fleksibel kerana para pencarum boleh mengakses akaun ini pada bila-bila masa sekiranya terdapat kecemasan.

Jika masa ini, KWSP hanya mempunyai 2 Akaun KWSP di mana kedua-duanya lebih memfokuskan sebagai persediaan pada waktu persaraan nanti.

Manakala Akaun 3 ini pula sekiranya ia dilaksanakan ia membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan bagi tujuan kecemasan.

TARIKH PERMOHONAN

KWSP bakal lancar inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP pada 11 Mei ini termasuklah dengan Akaun III diperkenalkan untuk membantu ahli menangani keperluan kewangan jangka pendek dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

SYARAT PENGELUARAN

Cadangan diperkenalkan Akaun 3 ini adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Memandangkan Akaun 3 akan bertindak sebagai dana kecemasan, Ketua Pegawai Strategi KWSP Nurhisham berkata ia mungkin menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dua akaun lain.

BAYARAN AKAUN 3 KWSP

Disebabkan penstrukturan baharu Akaun KWSP termasuklah Akaun 1 dan 2 serta pelaksanaan Akaun Fleksibel (Akaun 3), akaun ahli akan dibahagikan kepada

  • 75 % = Akaun 1
  • 15 % = Akaun 2
  • 10 % = Akaun 3

PENGELUARAN PADA BILA-BILA MASA

Tujuan pelaksanaan Akaun Fleksibel ini adalah untuk membantu pencarum untuk membuat pengeluaran pada saat kecemasan atau keperluan.

Oleh hal demikian, pengeluaran Akaun 3 ini boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh pencarum.

TARIKH DAFTAR PERMOHONAN PINDAHAN AMAUN

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei hingga 31 Ogos 2024.Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh masa terbabit.

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera (2) dan Akaun Fleksibel (3) sedia ada akan kekal.

TEMPOH KELULUSAN PINDAHAN BAYARAN

Pindahan amaun permulaan ke Akaun 3 akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari bekerja.

CARA PENGELUARAN WANG KWSP MELALUI AKAUN 3

Setelah selesai membuat pindahan ke Akaun 3. Ahli boleh membuat untuk pengeluaran wang simpanan melalui Akaun 3.

Pengeluaran boleh terus dibuat melalui

  1. i-Akaun KWSP
  2. Melalui pejabat KWSP

Bagi permohonan pengeluaran Akaun 3 di bawah RM10,000 perlu melaksanakan pengesahan identiti secara elektronik melalui pengecaman wajah di aplikasi i-akaun KWSP.

Manakala, bagi pengeluaran MELEBIHI RM10,000 ahli wajib membuat pengesahan cap ibu jari melalui Self-Service Terminal (SST).

Sekiranya selesai, pengkredit secara terus ke dalam Akaun Bank yang didaftarkan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button