BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Kewangan Sebanyak RM500 Secara One-Off Daripada KIRWAS

Untuk makluman kepada anda semua, inisiatif khas ini telah diperkenalkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Bantuan Kewangan Sebanyak RM500 secara one-off daripada KIRWAS diberikan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KEWANGAN RM500 KIRWAS

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif program bantuan sekali bayaran yang dikenali sebagai KIRWAS. Program bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak atau KIRWAS ini adalah merupakan insentif one-off yang dibayar kepada penerima.

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan istimewa ini adalah bagi membantu dan mengupayakan golongan wanita terutama berstatus ketua isi rumah wanita dan ibu tunggal.

Dengan adanya program ini dapat mewujudkan peluang bagi menjana dan meningkatkan pendapatan isi rumah. Ini merupakan salah satu objektif kerajaan negeri bagi meningkatkan taraf hidup golongan sasar kearah berdikari demi kesejahteraan keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN KIRWAS

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi program KIRWAS ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan
  • Berpendapatan bulanan isi rumah dari RM1,169 – RM4,849
  • Ketua isi rumah wanita atau ibu tunggal
  • Usahawan wanita negeri Sarawak
  • Berumur 18 tahun dan keatas (kategori berniaga)
  • Penerima bantuan kebajikan tidak layak memohon

Nota : Pemohon perlu kemukakan borang yang lengkap diisi dengan lampiran dokumen yang disahkan.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN KIRWAS RM500

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dilakukan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan percuma ini. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – KIRWAS

Untuk memudahkan proses semakan permohonan, setiap individu perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan. Bagi pengetahuan umum, bantuan khas KIRWAS ini hanya dibuka kepada rakyat negeri Sarawak sahaja.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button