BANTUAN KERAJAAN
Trending

Jadual Bayaran Bantuan Tunai MySTR 2024 Yang Telah Diumumkan

Seperti yang telah dimaklumkan kepada rakyat Malaysia, pembayaran bantuan tunai STR pada tahun ini akan disalurkan secara berperingkat. Jadual Bayaran Bantuan tunai MySTR 2024 mengikut fasa telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada sidang Belanjawan tahun ini.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR 2024

Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang diberi nama sebagai Sumbangan Tunai Rahmah atau STR pada tahun lalu. Atas keprihatinan, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan perlaksanaan program bantuan kewangan STR pada tahun 2024.

Lebih menarik adalah jumlah keseluruhan bayaran STR telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu berjumlah RM3,100. Terdapat 3 kategori utama yang terlibat menerima insentif ini iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.

Bayaran bantuan tunai MySTR pada tahun ini akan disalurkan berperingkat mengikut fasa pengagihan seperti berikut :

  • Pembayaran MySTR Fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024 (Agihan selesai)
  • Pembayaran MySTR Fasa 2 : Bermula 5 April 2024 (Agihan selesai)
  • Pembayaran MySTR Fasa 3 : Bulan Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pembayaran MySTR Fasa 4 : Bulan November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Untuk penjelasan ringkas, kadar jumlah bayaran STR adalah berbeza mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak. Bagi kategori isi rumah B40, jumlah bayaran adalah dari RM1,000 sehingga RM2,500.

Kategori isi rumah M40, jumlah bayaran adalah dari RM500 sehingga RM1,250, kategori isi rumah ditentukan mengikut pendapatan dan bilangan anak. Bagi kategori bujang pula dapat RM350 dan warga emas tiada pasangan berjumlah RM600.

Jumlah bayaran diatas akan diberikan melalui 4 fasa pembayaran mengikut amaun yang telah ditetapkan pihak kerajaan. Dengan adanya insentif STR ini dapat memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia pada tahun ini.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Kerajaan telah membuat permohonan baharu dan pengemaskini maklumat terkini berkenaan STR untuk rakyat Malaysia. Untuk semakan status bayaran atau kemaskini, sila layari laman rasmi bantuan tunai – MYSTR

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button