KWSP
Trending

Kemudahan Bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel E-KYC KWSP

Untuk makluman kepada semua pencarum, mereka yang ingin keluarkan wang simpanan dalam akaun fleksibel perlu melalui proses semakan e-KYC. E-KYC KWSP adalah Kemudahan untuk ahli yang ingin membuat pengeluaran melalui akaun 3/ fleksibel pada jumlah amaun RM250 dan keatas.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

E-KYC KWSP : MAKLUMAT MUDAH FAHAMI

Bermula 12 Mei 2024, penstrukturan semula akaun persaraan, sejahtera dan fleksibel dan kini pencarum mempunyai 3 akaun. Kepada ahli yang ini mengeluarkan wang dari akaun fleksibel, mereka perlu mengetahui peruntukan berkenaan e-KYC yang baru dilaksanakan.

Proses e-KYC ini hanya perlu dilakukan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran dalam akaun fleksibel berjumlah RM250 keatas sahaja. Kemudahan Electronic Know Your Customer atau e-KYC ini bagi mengenalpasti identiti pemohon.

Kemudahan berasaskan digital teknologi ini adalah pengesahan melalui pengimbasan mula di dalam aplikasi KWSP i-Akaun.

Tujuan utama semakan e-KYC ini adalah bagi membantu institusi kewangan, termasuk KWSP untuk mematuhi peraturan anti gubahan wang haram. Dengan adanya e-KYC KWSP ini dapat mengelakan sebarang risiko penipuan.

Melalui e-KYC ini ahli dapat manfaat dengan meminimumkan keperluan masa untuk hadir ke pejabat cawangan KWSP. Selain dari itu, ahli boleh membuat pengesahan identiti melalui cap jari di pejabat KWSP berdekatan.

KATEGORI PERLU MELAKUKAN E-KYC

Di bawah adalah kategori yang perlu melalui proses e-KYC untuk pengeluaran akaun 3 :

  • Ahli/ pencarum yang tidak pernah mengeluarkan wang
  • Ahli/ pencarum yang ingin keluarkan dana lebih daripada RM250 dalam akaun fleksibel
  • Ahli/ pencarum yang memohon pengeluaran buat kali pertama
  • Ahli yang ingin menukarkan nombor akaun bank luar dari rekod KWSP.

Nota : Jika proses semakan muat naik kad pengenalan tidak berjaya, ahli wajib menjalani proses cap jari di cawangan KWSP berdekatan.

Bagi pengetahuan umum, kepada mereka yang ingin membuat pemindahan sebahagian dana dari akaun sejahtera ke dalam akaun fleksible. Tempoh masa diberikan sehingga 31 Ogos 2024 dan pemindahan dibenarkan sekali sahaja.

PANDUAN LENGKAP PENGELUARAN FLEKSIBEL

Untuk butiran lengkap dan panduan penuh berkenaan kegunaan kemudahan Electronic Know Your Customer ini, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button