BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Skim Mesra RM500 & RM150 Semak Panduan Permohonan

Program khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian inisiatif yang telah diperkenalkan dan masih dilaksanakan pada tahun ini. Bantuan Skim Mesra berjumlah RM150 dan RM500 boleh dimohon oleh mereka yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN SKIM MESRA SMUE & SMIS

Untuk makluman, kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Skim Mesra SMUE dan SMIS.

Menerusi program istimewa ini terdapat 2 kategori bantuan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak iaitu bantuan baucar beli belah dan skim khairat kematian.

Tujuan utama perlaksanaan program skim mesra ini adalah bagi meringankan beban mereka yang terjejas dan memerlukan pada tahun ini. Permohonan dibuka dan boleh dikemukakan secara dalam talian selagi kuota masih ada.

BACA JUGA – SENARAI BANTUAN KERAJAAN

MANFAAT BANTUAN SKIM MESRA

Kepada Ahli yang telah berdaftar di bawah SMUE dan SMIS akan mendapat manfaat seperti berikut :

BAUCAR BELI BELAH 

  • Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
  •  Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  •  Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak dibenarkan.
  •  Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
  •  Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  •  Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.

Nota : Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang kemaskini info berkenaan program ini.

BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

  • Kadar bayaran bantuan adalah RM500 one-off
  • Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja
  •  Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
  •  Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan diberikan.
  •  Pembayaran akan dibuat kepada pewaris yang berdaftar melalui pindahan wang terus ke akaun atau serahan tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN
  •  Jika si mati belum didaftarkan di bawah Skim Mesra, waris dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian si mati.
  •  Tuntutan melewati tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian (tidak dilayan).
  •  Rujuk senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian.
  •  Waris yang membuat tuntutan baucar Jom Shopping selepas ahli meninggal dunia (dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian) hanya layak menerima wang khairat kematian sebanyak RM350 sahaja.

SEMAK PANDUAN CARA MOHON BANTUAN SMUE / SMIS

Sekiranya berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dilakukan bagi mendapatkan manfaat insentif yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan cara memohon telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan Skim Mesra – https://mesra.yawas.com.my/

Segala maklumat berkenaan bantuan skim mesra boleh dirujuk di laman tersebut.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button