BANTUAN KERAJAAN
Trending

Jangkaan Bantuan Tunai Fasa 3 Akan Disalurkan

Untuk makluman kepada semua, inisiatif khas Sumbangan Tunai Rahmah ini merupakan sebahagian bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024. Jangkaan Bayaran Bantuan Tunai STR fasa 3 MySTR disalurkan sebelum sambutan perayaan Aidiladha pada tahun ini. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

JANGKAAN BAYARAN BANTUAN TUNAI FASA 3

Bagi pengetahuan umum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa pertama dan fasa kedua telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Bagi sesi tahun 2024, pembayaran STR hanya berbaki 2 fasa sahaja lagi.

Pemberian bantuan tunai STR pada tahun ini memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia. Kategori penerima yang terlibat adalah belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah dari kumpulan B40 dan M40.

Bagi fasa berikutnya iaitu fasa ketiga (3) jangkaan bayaran akan disalurkan berperingkat sebelum menyambut perayaan aidiladha. Perkara ini dirujuk pada pembayaran fasa 3 tahun lalu yang diberikan pada bulan yang sama, segala maklumat berkenaan tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR FASA 3

Untuk makluman, jumlah bayaran STR fasa 3 masih belum diumumkan. Namun berdasarkan tahun lalu, kadar bayaran fasa 3 adalah dari RM100 – RM800. Berikut dikongsikan maklumat rasmi berkenaan jumlah bayaran keseluruhan STR mengikut kategori.

Kadar jumlah keseluruhan pembayaran STR bagi sesi 2024 adalah bermula dari RM350 sehingga RM2,500 setahun. Jumlah ditentukan mengikut kategori kelayakan penerima dan bilangan tanggungan anak isi rumah seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) – RM1,000.
  • Bilangan anak (1-2) – RM1,500.
  • Bilangan anak (3-4) – RM2,000.
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM2,500.

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000 SEBULAN)

  • Tiada anak (0) – RM500.
  • Bilangan anak (1-2) – RM750.
  • Bilangan anak (3-4) – RM1,000.
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM1,250.

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM350.

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR FASA 3

Semakan status bayaran bantuan tunai STR boleh dilakukan secara online oleh setiap penerima sedia ada. Untuk semakan status atau pendaftaran baharu, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button