BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bayaran Dikreditkan Jumaat (Hari Ini) Pemberian Bantuan Aidilfitri RM500

Untuk makluman kepada umum, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan khas kewangan aidilfitri RM500 akan dibayar pada minggu ini.Pemberian Bantuan Aidilfitri RM500 dan RM250 akan dikreditkan jumaat ini bersamaan 5 April 2024 seluruh negara.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

PEMBERIAN BANTUAN AIDILFITRI RM500

Kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk menyalurkan insentif BKKA berjumlah RM500 dan RM250 secara one-off. Inisiatif ini diberikan adalah atas keprihatinan kerajaan kepada mereka yang telah berkhidmat kepada orang awam.

Tujuan utama perlaksanaan program sumbangan bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban dalam persiapan menjelang perayaan. Mereka yang berkelayakan akan menerima insentif ini secara sekali bayar bermula 5 April ini (Jumaat).

SENARAI PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI RM500 & RM250

Kadar bayaran bantuan istimewa BKKA bernilai RM500 akan dikreditkan kepada semua para penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta pegawai lantikan kontrak. RM250 pula diberikan kepada veteran berpencen dan vetera tidak berpencen pada tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmata Awam iaitu Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam surat edaran memaklumkan. BKKA 2024 akan dibayar kepada seluruh penjawat awam yang layak pada Jumaat ini secara berperingkat.

Bantuan khas bonus raya ini juga layak diterima oleh pegawai yang sedang bercuti dengan bergaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan. Pengagihan bantuan khas ini akan dilakukan secara menyeluruh di seluruh negara.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI 2024

Bagi makluman, tarikh rasmi pembayaran bantuan khas kewangan aidilfitri ini akan dikreditkan pada 5 April 2024 secara berperingkat. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat terutama penjawat awam dan pesara bagi menyambut hari raya tahun ini.

Pemberian sumbangan bantuan khas raya ini merupakan sebahagian insentif dalam Belanjawan 2024 .

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button