BANTUAN KERAJAAN
Trending

Jumlah Bayaran Bantuan Mengikur Kategori Penerima MySARA

Bagi makluman umum, perlaksanaan inisiatif khas ini merupakan salah satu bantuan dibawah Belanjawan 2024. Jumlah Bayaran Bantuan mengikut kategori penerima MySARA telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan bagi sesi tahun ini. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSARA

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun lalu. Insentif ini merupakan lanjutan dari program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan dalam bantuan bakul dan keperluan asas.

Apa yang lebih menarik adalah pogram bantuan khas ini telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR pada tahun ini. Dengan kenaikkan ini secara tidak langsung akan lebih ramai rakyat yang akan menerima manfaat yang ditawarkan.

Jumlah keseluruhan bantuan SARA juga ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding tahun lalu hanya RM600. Manakala tahun ini kategori penerima yang terlibat bukan sahaja miskin, mereka yang bukan berstatus miskin tegar juga berkelayakan.

KADAR BANTUAN MYSARA MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar jumlah bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima seperti di bawah.

KATEGORI PENERIMA

  • Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas (Miskin/ miskin tegar) : RM1,200
  • Penerima STR kategori bujang (Miskin/ miskin tegar) : RM600
  • Penerima STR kategori isi rumah ‘bukan’ (Miskin/ miskin tegar) : RM300
  • Penerima STR kategori bujang dan warga emas ‘bukan’ (Miskin/ miskin tegar) : RM150.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSARA 2024

Seperti sedia maklum, kaedah pemberian bantuan khas Mykasih SARA ini dilakukan secara pengkreditan ke dalam mykad bagi kawasan di semenanjung. Manakala pengkreditan ke dalam akaun BSN dan tebus di kaunter bagi kawasan negeri Sabah, Sarawak dan Labuan.

SEMAK STATUS KELAYAKAN MYSARA

Sekiranya kalian merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)

Nota : Program pemberian insentif tambahan SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ia diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button