BANTUAN KERAJAAN
Trending

Senarai Penerima Dan Tarikh Bayaran Bantuan Khas Raya RM300

Untuk makluman, inisiatif sumbangan istimewa ini adalah merupakan sebahagian bantuan yang diberikan pada bulan ini.Bantuan Khas Raya RM300 akan disalurkan tidak lama lagi kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan bagi menyambut perayaan aidilfitri 2024. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KHAS RAYA RM300

Pada bulan ini pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai jenis sumbangan bantuan sempena ramadhan dan syawal. Baru-baru ini satu lagi insentif bantuan telah diumumkan akan disalurkan secara berperingkat sebelum perayaan.

Pihak kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah memaklumkan pemberian sumbangan bantuan khas bersasar bernilai RM300. Pemberian bantuan khas ini adalah bersempena dengan sambutan hari raya aidilfitri bagi sesi tahun 2024.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS RAYA

Bagi pengetahuan umum, insentif bantuan khas ini akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada peneroka FELDA yang berpendapatan RM1,000 sebulan. Perlaksanaan bantuan ini akan disalurkan kepada setiap peneroka di 317 tanah rancangan FELDA seluruh negara.

Mereka yang berkelayakan akan menerima insentif bantuan khas kewangan sempena Raya berjumlah RM300 secara one-off. Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga akan menangguhkan pemotongan hutang tidak termasuk kos operasi ladang bagi hasil bulan Mac ini.

Dengan adanya insentif khas raya ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut aildifitri. Bantuan istimewa ini diberikan khusus kepada golongan peneroka FELDA sahaja.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RAYA

Bagi makluman berkenaan tarikh pembayaran, pengagihan akan dilaksanakan sebelum sambutan hari raya aidilfitri nanti bagi memberi manfaat kepada penerima. Dijangkakan bayaran bantuan RM300 ini akan disalurkan selewatnya pada awal bulan hadapan (April).

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 , pelbagai agensi dibawah kerajaan dan kerajaan negeri telah menyalurkan insentif bantuan raya khusus untuk golongan sasar dan miskin. Sekiranya anda memerlukan dan kurang berkemampuan, sila rujuk di pejabat negeri masing-masing untuk butiran lanjut.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button