BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bayaran Fasa 2 Disalurkan Sebelum Raya Bantuan Tunai Khas STR

Perlaksanaan inisiatif berbentuk bantuan kewangan (STR) ini adalah merupakan insentif dibawah Belanjawan 2024.Bantuan Tunai Khas STR : Bayaran bagi fasa-2 akan disalurkan secara berperingkat kepada rakyat Malaysia sebelum raya aidilfitri.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN TUNAI KHAS STR 2024

Seperti sedia maklum, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun lalu. Atas keprihatinan program bantuan istimewa ini masih diteruskan bagi sesi tahun 2024.

Pada Januari lalu, pembayaran bagi bantuan tunai STR fasa pertama telah selesai dibayar kepada kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Tidak lama lagi pengagihan bagi bayaran STR fasa kedua akan disalurkan.

Mengikut jadual asal, pembayaran bagi STR fasa-2 akan dilakukan pada bulan April ini, dijangkakan bayaran akan diawalkan sebelum menyambut perayaan umat islam. Dengan adanya insentif ini dapat meringankan beban dan perbelanjaan bagi menyambut raya aidilfitri nanti.

PENERIMA BANTUAN TUNAI KHAS STR FASA-2

Untuk makluman, kategori penerima bayaran fasa kedua nanti adalah isi rumah, warga emas dan belia bujang. Jumlah bantuan telah ditentukan mengikut kategori penerima dan bilangan tangungan anak.

Bagi kategori isi rumah, jumlah bayaran STR 2024 adalah dari RM500 sehingga RM2,500 dan kadar ditentukan mengikut pendapatan dan bilangan anak. Manakala belia bujang menerima RM350 dan warga emas tiada pasangan RM600 setiap seorang.

TARIKH & KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA BERIKUT

Bagi pengetahuan umum, jadual bayaran bagi fasa kedua telah dimaklumkan sebelum sambutan raya. Manakala kadar bayaran rasmi mengikut kategori masih belum dimaklumkan, segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024

Kepada bukan penerima, pendaftaran baharu masih dibuka dan boleh dikemukakan sebelum ditutup. Untuk penerima sedia ada, kalian boleh membuat pengemaskinian dan semakan status bayaran mengikut fasa.

Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024 . Sekiranya berlaku sebarang kematian kepada penerima STR, waris boleh membuat tuntutan skim khairat kematian berjumlah RM1,000 sebagai insentif tambahan untuk memudahkan urusan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button