BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Aidilfitri RM1200 Dibayar pada 15 Mac 2024

Untuk makluman kepada semua, inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini merupakan sebahagian insentif yang diberikan pada bulan ini.Bantuan Khas Aidilfitri RM1200 akan mula disalurkan dan dibayar pada 15 Mac 2024 secara berperingkat kepada mereka yang terlibat. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1200

Pihak kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa pemberian sumbangan bantuan khas kewangan aidilifitri (BKKA) akan diberikan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1200. Bantuan istimewa ini akan diberikan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri sebagai tanda penghargaan.

Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan beban rakyat serta membuat persiapan menjelang perayaan aidilfitri nanti. Atas keprihatinan kerajaan, bantuan ini akan disalurkan pada pertengahan bulan Mac ini.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Untuk pengetahuan umum, pemberian BKKA ini juga turut diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri. Semua tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.

Pihak kerajaan negeri juga bersetuju menyalurkan bantuan sama tetapi dengan kadar jumlah RM300 kepada penyelia dan guru kelas (KAFA), guru sekolah rendah (SRAR) dan guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Nilai sama turut disalurkan kepada kakitangan SRAR, SMAR dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Perkara ini telah diumumkan oleh ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow baru-baru ini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024

Bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) ini akan diberikan tanpa perlu membuat sebarang permohonan. Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun atau tunai secara berperingkat bermula 15 Mac 2024 sehingga selesai.

Sebelum ini kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan bantuan khas kewangan pada kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1000. Bayaran telah selesai disalurkan pada Disember lalu dengan peruntukan lebih dari RM7 juta.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button