BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Tambahan RM50 & RM100 Sebulan Dalam MySARA 2024

Seperti yang anda sedia maklum, inisiatif khas ini diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang berkelayakan.Bantuan tambahan bernilai RM50 & RM100 sebulan dalam MySARA 2024 telah dikreditkan kepada penerima STR bermula Januari sehingga Disember tahun ini. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

PEMBERIAN BANTUAN MYSARA 2024

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan program bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi tahun 2024. Apa yang menarik adalah bantuan ini telah diperbaharui dan diperluaskan kepada 700,000 penerima STR.

Bukan itu sahaja, kategori penerima juga telah ditambah dimana bujang, warga emas dan isi rumah bukan miskin tegar juga akan mendapatkan manfaat ini. Kadar jumlah bantuan tambahan pada tahun ini dinaikkan kepada RM1,200 berbanding tahun lalu RM600.

Bagi pengetahuan umum, pemberian insentif tambahan SARA ini bukanlah diberikan seperti STR iaitu secara tunai. Ianya diagihkan melalui pengkreditan ke dalam mykad penerima secara bulanan.

JADUAL & KADAR BAYARAN BANTUAN MYSARA 2024

Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini diberikan pada kadar yang telah ditetapkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Isi rumah berstatus miskin tegar : RM1,200
  • Warga emas berstatus miskin tegar : RM1,200
  • Bujang berstatus miskin tegar : RM600
  • Isi rumah bukan berstatus miskin tegar : RM300
  • Bujang dan warga emas bukan berstatus miskin tegar : RM150

Jadual pembayaran bagi kategori miskin dan miskin tegar telah mula disalurkan pada bulan ini pada kadar RM50 dan RM100 setiap bulan sehingga Disember. Bagi kategori bukan berstatus miskin tegar akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYSARA

Sekiranya kalian merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan SARA ini boleh dilakukan secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi – MyKasih (SARA)

Kepada mereka yang layak, amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar berhampiran kediaman. Dengan adanya bantuan istimewa ini dapat meringankan beban kewangan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai di kalangan masyarakat.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button