BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Bulanan Sebanyak RM500 Bagi Yang Memerlukan BWE 2024

Untuk pengetahuan semua Inisiatif istimewa ini adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang dikendalikan oleh pihak JKM.Bantuan Bulanan bernilai RM500 BWE 2024 ini terus dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN BULANAN BWE 2024

Untuk makluman, pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program khas yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas. Skim pemberian BWE ini merupakan salah satu bantuan tunai dibawah Belanjawan tahun ini (2024).

Program bantuan khas BWE ini diseliakan sepenuhnya oleh pihak JKM dan boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan sepanjang tahun ini. Perlaksanaan program BWE ini adalah bagi membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup rakyat (yang memenuhi kriteria kelayakan).

KADAR BANTUAN BULANAN BWE

Kepada mereka yang memohon dan layak, pemberian secara automatik bernilai RM500 akan disalurkan setiap bulan. Amaun tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban kewangan.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BWE 2024

Berdasarkan kemas kini maklumat, syarat kelayakan asas permohonan bantuan khas bernilai RM500 sebulan ini telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Warga emas/ individi berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian (kediaman yang menyediakan kemudahan/ perkhidmatan secara percuma).

PANDUAN CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN BWE

Untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan (BWE)

Perlaksanaan semua jenis bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) diantara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dibawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button