BANTUAN KERAJAAN
Trending

Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Fasa 1 Diawalkan MySTR 2024

Untuk pengetahuan semua umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau dikenali sebagai STR akan dikreditkan berperingkat bermula 29 Januari 2024.Tarikh Bayaran bantuan tunai fasa pertama (1) secara rasmi diawalkan MySTR 2024 yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

TARIKH BAYARAN MYSTR 2024 (FASA 1) DIAWALKAN

Berita gembira untuk rakyat Malaysia terutama kepada penerima STR kerana pihak kerajaan bersetuju untuk mengawalkan pembayaran bantuan tunai bagi fasa 1. Sebelum ini kerajaan memaklumkan bahawa bayaran fasa 1 STR akan dikreditkan pada bulan Februari, atas keprihatinan kerajaan mempercepatkan tarikh bayaran.

Pengagihan secara kredit ke dalam akaun bank penerima akan bermula pada hari isnin depan, bersamaan 29 Januari 2024. Kepada mereka yang tiada kad bank, penebusan bantuan tunai boleh dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Kementerian Kewangan (MOF) telah memaklumkan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa pertama ini akan memberi manfaat kepada sekitar 8.2 juta rakyat. Kadar bayaran juga telah dinaikkan kepada RM500 berbanding fasa 1 tahun lalu RM300.

KADAR RASMI BAYARAN MYSTR FASA 1 (2024)

Bagi pengetahuan umum, kadar jumlah bayaran bantuan tunai fasa 1 mengikut kategori telahpun diumumkan seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) – RM500
  • Bilangan anak (1-2) – RM500
  • Bilangan anak (3-4) – RM500
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM500

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada anak (0) – RM100
  • Bilangan anak (1-2) – RM150
  • Bilangan anak (3-4) – RM250
  • Bilangan anak (5 keatas) – RM300

KATEGORI BELIA BUJANG (21- 59 TAHUN)

  • RM100

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024 (ONLINE)

Kepada warganegara Malaysia, anda boleh membuat semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 1 secara online. Untuk cek berapa jumlah yang anda terima, sila layari laman rasmi bantuan tunai – STR 2024

Pengkreditan akan diagihkan secara berperingkat mengikut bank masing-masing. Berdasarkan pembayaran STR sebelum ini, penerima akaun BSN akan dapat terlebih dahulu sebelum bank-bank lain.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button