BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Sebanyak RM500 Sebulan Untuk Warga Emas BWE 2024

Untuk makluman kepada semua, inisiatif istimewa ini adalah merupakan bantuan kewangan yang diberikan secara bulanan.Bantuan sebanyak RM500 sebulan untuk Warga Emas BWE 2024 kini diteruskan pada tahun ini untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN BWE BULANAN RM500

Kepada yang terlepas pandang, pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pelbagai insentif pada tahun ini. Salah satu insentif kewangan yang ditawarkan pada tahun ini dibawah Belanjawan 2024 adalah Bantuan Warga Emas (BWE).

Perlaksanaan program khas ini dilancarkan sepanjang tahun bagi memberi manfaat kepada rakyat yang berkelayakan terutama golongan sasar. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat membantu bagi individu yang memerlukan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

Kadar bayaran pemberian bantuan BWE ini adalah berjumlah RM500 sebulan dan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada pemohon yang layak. Mereka yang memenuhi kriteria syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan pada tahun ini.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN BWE 2024

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan manfaat dari program bantuan BWE ini seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Individu yang tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan atau perkhidmatan secara percuma

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN BWE RM500

Sekiranya anda atau ahli keluarga atau kenalan yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan segera. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan (BWE)

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi tersebut, perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan negeri.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button