Uncategorized

Kini Dibuka Kepada Rakyat Permohonan Rumah PPR 2024

Untuk makluman kepada semua , PPR ini merupakan salah satu inisiatif yang disediakan bagi memberi manfaat kepada golongan sasar.Permohonan Rumah PPR 2024 kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan berkelayakan bagi memiliki kediaman yang selesa.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

PERMOHONAN RUMAH PPR 2024

Skim PPR atau lebih dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat adalah merupakan sebuah kemudahan untuk penempatan semula setinggan. Dengan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi kumpulan yang kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah.

Pihak Jabatan Perumahan Negara dibawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah merupakan agensi yang menguruskan semua projek-projek PPR. Di seluruh Malaysia mempunyai rumah-rumah dari hasil projek PPR.

PENGENALAN PROGRAM RUMAH PPR 2024

Bagi pengetahuan umum, semua rumah yang dibinan dibawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan serta rekabentuk perumahan kos rendah. Perkara ini telah ditetapkan dalam standard perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah rumah pangsa (CIS2) pada kadar harga mampu milik.

Kepada yang belum tahu, terdapat 2 jenis kategori dalam program perumahan rakyat (PPR) yang ditawarkan seperti dibawah.

PPR UNTUK DISEWA

  • Kadar bayaran bulanan serendah RM124

PPR UNTUK DIMILIKI

  • Nilai seunit rumah (Kawasan semenanjung) : RM35,000
  • Nilai seunit rumah (Sabah dan Sarawak) : RM42,000

CIR-CIRI & REKA BENTUK RUMAH PPR 2024

Antara reka bentuk dan ciri-ciri perumahan PPR yang dibina adalah seperti berikut :

  • Jenis rumah bertingkat (Apartment) antara 6 hingga 18 tingkat (Kawasan bandar besar)
  • Keluasan ruangan : 1 ruang tamu, 1 ruang dapur, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Jenis perumahan teres (Kawasan pinggir bandar)
  • Terdapat kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, ruang niaga (gerai makan), tadika, kemudahan OKU dan rumah sampah

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH PPR

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memohon menyertai program PPR ini seperti berikut :

  • Pemohon dan pasangan merupakan Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Individu berumur 18 tahun dan keatas
  • Pemohon belum pernah memiliki rumah sendiri
  • Perlu mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PPR

Kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berkelayakan, permohonan bagi mendapatkan rumah PPR boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman rasmi TEDUH KPKT – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button