BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Kewangan Sebanyak RM2,700 Secara One-Off Untuk Rakyat Malaysia

Untuk makluman kepada semua, inisiatif istimewa ini boleh dimohon oleh rakyat selagi menepati syarat yang telah ditetapkan.Bantuan Kewangan Sebanyak RM2700 secara one-off untuk rakyat Malaysia ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM2700 (ONE-OFF)

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan skim bantuan kebajikan pada tahun ini. Salah satu insentif yang ditawarkan dalam skim adalah bantuan geran pelancaran bernilai sehingga maksimum RM2700.

Perlaksanaan program khas ini masih diteruskan sehingga kini bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima insentif ini secara sekaligus maksimum RM2700 sebagai sumbangan.

TUJUAN PERLAKSANAAN BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM2700

Dengan adanya insentif khas geran pelancaran ini adalah bagi memperkasakan ekonomi golongan/ kumpulan sasar JKM yang lebih produktif. Serta mempunyai minat, potensi dan kemahiran untuk menjana pendapatan secara individu atau keluarga.

Program skim bantuan ini diadakan bagi mewujudkan pembangunan dan pengintergrasian untuk membantu klien mencapai matlamat kearah berdikari. Mereka yang kurang berkemampuan dan menepati terma serta syarat boleh kemukakan permohonan.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS BANTUAN KEWANGAN (GP)

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas berjumlah RM2700 ini seperti dibawah :

  • Permohonan dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negera Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Tergolong dalam golongan/ kumpulan sasar.

PANDUAN CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN GP

Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat yang ditawarkan oleh pihak JKM ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (Geran Pelancaran) – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan dilakukan, individu perlu disediakan dokumen yang diperlukan seperi salinan kad pengenalan pemohon. Untuk butiran lebih terperinci anda boleh hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000 (Waktu bekerja).

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button