KWSP
Trending

Enam Kategori Yang Dibenarkan Pengeluaran Penuh KWSP 2024

Untuk pengetahuan semua pencarum, sebenarnya para pencarum boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa melalui i-akaun.Pengeluaran Penuh KWSP 2024, Terdapat enam (6) kategori jenis pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini kepada ahli yang berkelayakan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

PENGELUARAN PENUH KWSP 2024

Tahukah anda sebenarnya pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan e-pengeluaran KWSP bagi memberi manfaat kepada ahli. Pengeluaran boleh dilakukan secara sepenuhnya atau sebahagian.

Kemudahan pengeluaran khas melalui akaun 1 dan akaun 2 ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini selagi menepati syarat yang ditetapkan. Di halaman ini dikongsikan 6 jenis kategori pengeluaran penuh yang dibenarkan pada tahun ini.

SENARAI 6 KATEGORI PENGELUARAN PENUH KWSP 2024

Berikut adalah senarai 6 jenis pengeluaran penuh KWSP yang boleh dilakukan untuk tujuan peribadi tersedia seperti dibawah.

PENGELUARAN (UMUR 50 TAHUN & 60 TAHUN)

Setelah setiap ahli mencapai umur 55 tahun secara automatik mereka memasuki kategori umur persaraan. Ali mempunyai pilihan untuk menguruskan wang simpanan mereka dengan membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel.

Selepas 55 tahun, caruman dalam akaun 1 dan 2 akan digabungkan ke dalam satu simpanan iaitu akaun 55. Pengeluaran penuh (kesemua) atau sebahagian boleh dilakukan pada bila-bila masa bagi 55 tahun dan 60 tahun.

PENGELUARAN PENUH (HILANG UPAYA)

Ini merupakan jenis pengeluaran bagi meringankan beban kewangan ketika sedang menghadapi ketidakpastian diri. Sekiranya berlaku musibah kehilangan upaya dari segi mental atau fizikal, pengeluaran penuh KWSP boleh dilakukan pada bila masa oleh pencarum.

Bukan itu sahaja, bagi kategori ini mereka yang layak akan terima insentif bantuan tambahan RM5,000 one-off sebagai bantuan hilang upaya.

(BERLAKU KEMATIAN)

Kemudahan pengeluaran khas ini amat penting bagi membantu insan tersayang pada waktu yang memerlukan. Jika berlaku anda meninggal dunia, simpanan KWSP akan menjadi jaminan kepada keluarga bagi meneruskan kehidupan.

Pihak KWSP telah menggalakan kepada setiap ahli membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan baki simpanan KWSP tanpa secara kesulitan. Pengeluaran secara penuh simpanan KWSP akaun 1 & akaun 2 dibenarkan bagi kategori ini.

MENINGGALKAN NEGARA MALAYSIA

Kepada ahli yang telah melucutkan taraf atau melepaskan kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah (berpindah) ke negara lain. Mereka boleh memilih untuk keluarkan kesemua simpanan dalam akaun KWSP.

Ini adalah kemudahan bagi membantu ahli yang ingin memulakan hidup yang baru di negara asing. Anda disarankan keluarkan kesemua simpanan anda apabila meninggalkan negara Malaysia (Berhijrah).

PEKERJA BERPENCEN DAN PESARA PILIHAN

Setiap ahli/ pencarum KWSP yang bekerja berkhidmat dalam sektor awam berstatus pencen dan pesara pilihan Mereka dibenarkan membuat pengeluaran sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2.

SYARAT KELAYAKAN & CARA MOHON PENGELUARAN 2024

Untuk ahli / pencarum KWSP yang memerlukan pengeluaran secara sepenuhnya ini, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun 2024. Untuk semak kelayakan dan cara daftar permohonan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button