BANTUAN KERAJAAN
Trending

Program Bantuan eWallet RM300 untuk B40 Bingkas 2024

Untuk pengetahuan kepada semua, pemberian insentif khas ini adalah merupakan sebahagian bantuan yang tersenarai dalam belanjawan.Program Bantuan ewallet/ edompet RM300 sebulan ditawarkan untuk golongan B40 Bingkas 2024. 

PROGRAM BANTUAN EWALLET BINGKAS 2024

Pihak kerajaan negeri telah menyediakan sebuah program bantuan khas ewallet untuk membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sekitar 30,000 isi rumah disasarkan dapat manfaat daripada program ini.

Apa yang menarik adalah permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Setiap individu yang ingin memohon perlu menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN BINGKAS 2024

Untuk makluman, kadar jumlah bayaran bantuan kehidupan sejahtera atau lebih dikenali sebagai Bingkas ini telah diumumkan. Pemohon yang layak secara automatik akan menerima bantuan ewallet RM300 setiap bulan bersamaan RM3,600 dalam setahun.

KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM BANTUAN BINGKAS

Terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan insentif khas bulanan ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia (Sahaja)
  • Keluarga/ isi rumah yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi 3,000
  • Kumpulan/ golongan B40
  • Pemohon lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor
  • Pemilih berdaftar.

Nota : Pemberian bantuan istimewa bernilai RM300 sebulan ini tidak diberikan secara tunai. Ianya disalurkan dalam bentuk ewallet dan amaun tersebut boleh dibelanja untuk membeli barangan keperluan asas.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BINGKAS

Jika anda kurang berkemampuan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online selagi menepati kelayakan yang ditetapkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

Semua permohonan yang didaftarkan akan menjalani semakan kelayakan bagi memastikan pemohon benar-benar layak untuk diberikan sumbangan. Bagi memudahkan urusan semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan diri.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button