BANTUAN KERAJAAN
Trending

Panduan Daftar Permohonan Bantuan Am Sehingga RM 350

Untuk makluman kepada semua, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini disalurkan setiap bulan kepada pemohon yang layak.Bantuan Am Sehingga RM350 sebulan kini boleh dimohon oleh mereka yang memerlukan dan berkelayakan melalui JKM. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN AM SEHINGGA RM350 SEBULAN

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pelbagai insentif dalam program bantuan kebajikan. Salah satu insentif bulanan yang masih boleh dimohon adalah Bantuan Am Persekutuan.

Kepada golongan isi rumah/ keluarga yang kurang berkemampuan, permohonan boleh dikemukakan bagi mendapatkan manfaat yang disediakan secara bulanan ini. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk sedia maklum, kadar pemberian bantuan khas ini telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu serendah RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan bagi satu keluarga. Sekiranya anda berkeperluan, permohonan masih dibuka dan boleh dimohon.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM SEHINGGA RM350

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan khas ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di wilayah persekutuan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Kumpulan kategori yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi oleh mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN AM RM350

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM (BA) – DI SINI

Nota : Setiap negeri menyediakan bantuan Am pada kadar yang berbeza mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan.

Bagi memudahkan urusan proses semakan permohonan, individu perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button