BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Tambahan Khas One-Off RM1,000 Untuk Penerima STR

Untuk makluman kepada semua, inisiatif istimewa ini hany diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah.Bantuan Tambahan Khas One-Off RM1,000 disediakan untuk penerima sedia ada STR, ianya boleh dituntut secara one-off pada tahun ini.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN TAMBAHAN KHAS RM1000 (SKK)

Kepada yang terlepas pandang, sekiranya anda merupakan penerima STR, secara automatik anda layak untuk tuntut bantuan tambahan RM1000 ini. Pemberian Skim Khairat Kematian (SKK) ini dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN).

Untuk pengetahuan umum, insentif bantuan tambahan ini penting dan boleh dituntut sekiranya berlaku kematian kepada penerima STR ataupun pasangan. Skim bantuan ini tidak perlu dimohon kerana diberikan secara automatik kepada penerima STR.

KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN TAMBAHAN KHAS RM1000

Mereka yang layak dapatkan insentif RM1000 ini adalah merupakan pewaris kepada penerima STR yang meninggal dunia. Waris layak menuntut amaun RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.

Pewaris yang layak untuk tuntutan didaftarkan adalah seperti dibawah :

  • Pasangan penerima STR
  • Ibu bapa
  • Adik beradik
  • Anak anak
  • Cucu

Seperti sudah dimaklumkan, tiada had kelayakan bagi waris yang ingin membuat tuntutan. Namun kepada pewaris yang berumur 17 tahun kebawah, dokumen penting pengenalan diri dan pertalian darah perlu disediakan semasa hadir bagi pengesahan cap jari dan tandatangan di mana-mana kaunter cawangan BSN berhampiran.

TEMPOH TUNTUTAN BANTUAN KHAS (SKK)

Untuk makluman umum, tempoh tuntutan skim khairat kematian telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2024. Tarikh kematian penerima STR adalah dari 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR 2024

Kepada mereka yang merupakan penerima STR 2023, anda disarankan untuk mengemaskini maklumat terkini bagi mendapatkan kadar bayaran baru bagi tahun hadapan. Untuk semakan dan kemaskini, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button