BANTUAN KERAJAAN
Trending

Syarat Kelayakan Bantuan Tunai BWE RM500 Sebulan

Untuk pengetahuan kepada semua, pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini.Syarat Kelayakan Bantuan BWE Tunai bernilai RM500 sebulan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia telah dimaklumkan. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BWE

Kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan skim bantuan kebajikan untuk golongan B40 dan miskin tegar meliputi pelbagai kategori. Salah satu insentif bulanan yang ditawarkan yang masih ramai tidak mohon adalah Bantuan Warga emas (BWE).

Program istimewa BWE ini dikendalikan dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Apa yang menarik adalah kadar amaun bantuan khas ini telah dinaikkan kepada RM500 berbanding RM350 tahun sebelum ini. Objektif utama bantuan ini masih terus dilaksanakan adalah bagi membantu meringankan beban untuk mereka meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN TUNAI BWE RM500

Pihak JKM telah menetapkan beberapa syarat kelayakan asas bagi memohon bantuan khas BWE ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK), Purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon merupakan individu berusia 60 tahun dan keatas (Orang tua/ warga emas)
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang memberikan perkhidmatan kemudahan secara percuma
  • Bagi mana-mana kes yang berkeperluan dan bersesuaian, layak dipertimbangkan melalui kelulusan KPKM.

PANDUAN CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE

Kepada yang terlepas pandang, jika anda atau ahli keluarga berkelayakan dan memerlukan, permohonan bantuan BWE masih boleh dikemukakan. Panduan lengkap cara daftar dan mohon bantuan khas ini telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Info : Semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) anda pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia dibawah senarai 3, jadual kesembilan senarai perundangan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button