BANTUAN KERAJAAN

RM3,000 Minimum Pengeluaran Khas FSA2 KWSP Kini Dibenarkan

Untuk makluman kepada semua, pihak KWSP telah menyediakan bermacam jenis kemudahan pengeluaran bagi memberi manfaat kepada para pencarum.Pengeluaran Khas KWSP FSA2 RM3,000 minimum sehingga maksimum RM50,000 secara one-off kini dibenarkan kepada ahli pada tahun ini. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

PENGELUARAN KHAS FSA2 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP telah memperkenal dan melaksanakan sebuah skim kemudahan pengeluaran. Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah merupakan skim pengeluaran pembiayaan untuk tujuan peribadi.

Skim FSA2 KWSP akan secara rasmi dilancarkan melalui 2 fasa yang melibatkan jumlah pengeluaran dan syarat kelayakan berbeza. Untuk waktu ini dan sepanjang tahun, pengeluaran bagi FSA2 KWSP fasa pertama (1) telah diluluskan.

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran melalui skim FSA2 melalui pembiayaan daripada institusi perbankan pada tahun ini. Bermula April lalu, permohonan boleh dikemukakan secara online oleh ahli KWSP yang menepati syarat kelayakan.

Pengenalan pengeluaran khas FSA2 ini adalah bertujuan untuk membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan yang terlibat. Pencarum boleh kemukakan permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.

KADAR PENGELUARAN FSA2 KWSP YANG DIBENARKAN

Seperti sedia maklum, kadar pengeluaran FSA2 fasa 1 telahpun ditetapkan minimum serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000 secara sekaligus.

KRITERIA KELAYAKAN FSA2 KWSP (FASA 1)

Syarat-syarat kelayakan pengeluaran melalui FSA2 KWSP (Fasa 1) telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Hanya dibuka kepada Warganegara Malaysia
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Umur tidak melebihi 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Mmepunyai minimum simpanan dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
  • Menepati syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak bank
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KHAS FSA2

Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan masih boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

Buat masa ini, ahli/ pencarum KWSP mempunya 3 pilihan institusi perbankan bagi mohon pengeluaran FSA2 KWSP seperti dibawah :

  • MBSB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • CIMB Bank

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button