BANTUAN KERAJAAN
Trending

Permohonan Bantuan Khas Sebanyak RM 200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

Untuk makluman semua, inisiatif istimewa ini merupakan senarai bantuan dibawah Belanjawan 2023.Permohonan Bantuan Khas sebanyak RM 200 sebulan kini disediakan kepada warganegara Malaysia yang menepati kelayakan dan memerlukan. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM 200 SEBULAN

Kerajaan perpaduan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan pelbagai jenis insentif dalam skim bantuan kebajikan. Antara program inisiatif yang boleh disertai adalah Bantuan Latihan Perantis atau lebih dikenali sebagai BLP.

Program khas BLP ini dibuka kepada mereka yang tidak bekerja, sedang menggangur, anak-anak penerima bantuan yang tercicir dan bekas pelatih/ penghuni institusi kebajikan. Dengan adanya insentif tambahan seperti ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat.

Tujuan utama perlaksanan program BLP ini masih diteruskan adalah untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Kadar bayaran bantuan latihan perantis ini adalah RM200 seorang setiap bulan.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN KHAS BLP RM 200

Berikut adalah senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan pihak JKM bagi mendapatkan manfaat dari bantuan khas BLP RM200 ini seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Golongan memerlukan
  • Anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih/ penghuni dari mana-mana institusi kebajikan dalam negara
  • Kes-kes seliaan akhlak
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat.

PANDUAN CARA DAFTAR BANTUAN KHAS BLP

Kepada yang memerlukan dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat dari inisiatif BLP ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan BLP – DI SINI

Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (Means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada individu yang mohon. Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button