BANTUAN KERAJAAN

Pemberian Bantuan eWallet Sebanyak RM300 Untuk Golongan B40

Untuk makluman kepada semua, inisiatif istimewa ini adalah merupakan sebahagian bantuan yang disediakan secara bulanan.Pemberian Bantuan eWallet Sebanyak RM300 sebulan ditawarkan khas untuk kumpulan B40 iaitu pendapatan dibawah RM3,000.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM300 (BULANAN)

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera atau Bingkas. Menerusi program khas ini, mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat setiap bulan.

Kerajaan menyasarkan sekitar 30,000 keluarga akan dapat manfaat daripada bantuan khas ini pada kadar RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Perlaksanaan insentif tambahan ini dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi membantu meringankan beban golongan B40.

Untuk makluman, insentif bantuan kehidupan sejahtera ini bukan diberikan secara tunai. Pemberian bantuan khas ini disalurkan secara kredit eWallet dan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar.

Program ini juga diperluaskan dan menambah baik daripada program kasih ibu smart selangor (KISS) dan ibu tunggal (KISS IT). Dengan adanya bantuan seperti ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dan memerlukan pada tahun ini.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN EWALLET RM300

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan bagi mendapatkan manfaat daripada program bantuan istimewa RM300 ini seperti dibawah :

  • Untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Kumpulan B40 dan miskin
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau sudah menetap di negeri Selangor melebihi (10 tahun).

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300

Kepada mereka yang berkelayakan dan kurang berkemampuan, permohonan masih dibuka dan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, individu disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan. Anda juga boleh mendapatkan butiran lebih terperinci berkenaan bantuan ini dengan muat turun aplikasi ‘Selangkah’ di app store.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button