BANTUAN KERAJAAN
Trending

Pemberian Bantuan E-Rebat Sehingga RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk makluman semua pembaca, inisiatif istimewa ini memberikan manfaat kepada pengguna dengan tawaran yang disediakan.Pemberian Bantuan E-Rebat Sehingga RM 400 dalam bentuk baucar ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini melalui program SAVE 4.0.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini

PEMBERIAN BANTUAN E-REBAT RM 400 (SAVE 4.0)

Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) adalah merupakan program yang menawarkan pemberian eRebat berjumlah RM400. Perlaksanaan program ini telah memasuki edisi ke 4 bagi memberi manfaat kepada pengguna.

SAVE 4.0 adalah kesinambungan daripada program terdahulu yang telah dilancarkan iaitu SAVE 1.0, 2.0 dan 3.0. Kementerian sumber asli, alam sekitar dan perbahan iklim (NRECC) telah melancarkan program ini yang melibatkan peruntukan sekitar RM50 juta.

Pihak SEDA menawarkan pemberian erebat sehingga RM400 kepada rakyat Malaysia untuk pembelian barangan seperti penyaman udara dan peti sejuk. Barangan yang berlabel cekap tenaga 4 dan 5 bintang yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

KELEBIHAN PEMBERIAN BANTUAN E-REBAT RM 400

Tujuan utama dan lebihan yang boleh didapatkan dalam menyertai program SAVE 4.0 ini adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan kesedaran orang awam bagi menggalakan pengguna membeli barang peralatan cekap tenaga yang menjimatkan penggunaan elektrik.
  • Menambahkan jumlah jenis peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 dan 5 bintang di pasaran
  • Pengguna dapat manfaat pemberian erebat sehingga RM400 daripada SEDA.

KELAYAKAN DAPATKAN PEMBERIAN E-REBAT RM 400

Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan pemilik akaun elektrik tarif (domestik) yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti (TNB), (SESB) Sabah dan (SEB) Sarawak
  • Pembelian perkakas elektrik cekap tenaga (4 atau 5) bintang
  • Satu akaun bil elektrik hanya layak untuk mohon 1 kali erebat bagi setiap perkakas elektrik yang dinyatakan.

TARIKH PERLAKSANAAN PEMBERIAN E-REBAT

Bagi pengetahuan umum, tempoh perlaksanaan program khas SAVE 4.0 ini telah ditetapkan selama setahun bermula Disember 2023 sehingga Disember 2024. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan erebat sehingga RM400, untuk panduan tebus sila layari laman rasmi SAVE – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button