BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Tambahan SKK Yang Bernilai RM 1,000 Untuk Penerima STR

Untuk maklum semua, inisiatif khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia.Bantuan Tambahan SKK RM1000 boleh dituntut oleh penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun ini.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini

BANTUAN TAMBAHAN SKK RM 1,000

Bagi pengetahuan umum, sebenarnya terdapat satu insentif tambahan berjumlah RM1000 boleh didapatkan oleh penerima STR. Skim Khairat Kematian (SKK) ini disediakan untuk pewaris penerima bantuan tunai STR.

Pihak kerajaan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mengendalikan sepenuhnya insentif khas ini. Skim amal kematian atau bantuan pengurusan kematian ini sangat memberi manfaat kepada penerima STR bagi memudahkan urusan.

KELAYAKAN TUNTUT BANTUAN TAMBAHAN SKK RM 1,000

Syarat kelayakan asas mereka yang boleh tuntut insentif istimewa ini adlaah waris kepada penerima STR tahun 2023/ 2024. Menerusi kenyataan pihak LHDN, pewaris layak dapatkan bantuan RM1000 ini dengan syarat penerima STR telah meninggal dunia antara tarikh 1 Januari hinga 31 Disember 2023.

Individu (Waris) yang berkelayakan untuk membuat tuntutan skim khairat kematian ini adalah seperti dibawah :

  • Pasangan (Suami atau isteri)
  • Ibu atau bapa
  • anak-anak
  • adik beradik
  • cucu kepada arwah
  • Tiada sebarang kelayakan had umur pewaris.

Nota : Kepada waris yang berumur 17 tahun dan kebawah, jika ingin membuat tuntutan perlu sertakan dokumen pengenalan diri dan surat perhubungan. Sila hadirkan diri untuk pengesahan cap jari atau tandatangan dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan anda.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN STR

Bermula hari ini, anda boleh membuat semakan status dan kemaskini maklumat terkini Sumbangan Tunai Rahmah bagi mendapatkan jumlah bayaran yang sesuai pada tahun 2024. Untuk semakan kemaskini maklumat dan permohonan baharu, sila layari laman rasmi STR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button