BANTUAN KERAJAAN
Trending

Senarai Penerima Pemberian Bantuan Tunai STR 2024 Fasa 1 Yang Telah Diumumkan

Untuk makluman anda semua, pihak kerajaan telah umum secara rasmi bahawa bantuan tunai STR akan terus dilaksanakan bagi sesi tahun hadapan. Senarai Penerima Pemberian Bantuan STR 2024 : Senarai penerima yang layak mendapatkan bayaran fasa 1 adalah kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

PEMBERIAN BANTUAN STR 2024

Seperti sedia maklum, pada sidang Belanjawan 2024 Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bantuan kewangan Sumbangan Tunai Rahmah akan diteruskan. Apa yang lebih menarik adalah jumlah keseluruhan bayaran akan ditingkatkan kepada RM3,700 berbanding tahun 2023 sebanyak RM3,100.

Bukan itu sahaja, insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut diperluaskan kepada 700,000 penerima STR yang meliputi semua kategori. Tahun sebelum ini hanya kategori miskin tegar sahaja yang layak, namun atas dasar keprihatinan kerajaan, kategori lain turut akan mendapatkan manfaat dari inisiatif istimewa tersebut.

BAYARAN BANTUAN STR 2024 (FASA 1)

Bagi pengetahuan umum, bayaran bantuan tunai STR fasa pertama (1) akan mula disalurkan pada bulan Februari 2024 (Sebelum ramadan). Kaedah pembayaran akan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di cawangan BSN.

Jumlah bayaran maksimum fasa pertama STR juga akan dinaikkan kepada RM500 berbanding sebelum ini RM300. Dengan adanya insentif khas STR ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat terutama dari golongan B40 dan miskin.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN STR 2024 (FASA 1)

Dibawah dikongsikan kadar jumlah bayaran STR fasa pertama yang akan diberikan mengikut kategori masing-masing seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (5 dan lebih) : RM300

KATEGORI BELIA BUJANG

  • RM100

WARGA EMAS (60 TAHUN DAN KEATAS)

  • RM150

SEMAKAN STATUS STR 2024 SECARA ONLINE

Kepada penerima sedia ada STR, anda tidak perlu mohon namun kemaskini maklumat terkini wajib dilakukan untuk mendapatkan jumlah bayaran yang bersesuaian. Bermula bulan ini pengemaskinian dan permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah telah dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia.

Untuk semakan status, kemaskini maklumat, atas pendaftaran permohonan baharu, anda boleh lakukan secara online. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button