KWSP
Trending

Pengeluaran Sebahagian & Bersyarat Simpanan KWSP Dibenarkan Pada Bulan Ini

Seperti yang anda sedia maklum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan pengeluaran bagi membantu ahli.Pengeluaran Sebahagian & Bersyarat simpanan KWSP untuk pencarum kini dibenarkan dan boleh dilakukan pada bulan ini selagi menetapi syarat.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN KHAS

Sebenarnya setiap ahli/ pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran khas secara sebahagian dan sepenuhnya melalui i-akaun. Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang telah diluluskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi memberi manfaat kepada rakyat.

Melalui skim kemudahan ini memberikan peluang kepada ahli untuk mengeluarkan wang mereka dari akaun 1 dan akaun 2 secara bersyarat. Pencarum dibenarkan membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu seperti dibawah.

PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN (PERUMAHAN)

Kepada ahli KWSP yang sedang merancang membeli rumah, membina rumah, mengurangkan/ menyelesaikan baki pijaman perumahan atau perumahan fleksibel. Anda dibenarkan dan boleh lakukan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP.

(UMUR 50 TAHUN) PENGELUARAN SEBAHAGIAN

Pengeluaran wang simpanan dari dalam akaun 2 diluluskan kepada mereka yang telah mencapai umur 50 tahun. Ahli boleh membuat pilihan sama ada ingin keluarkan kesemua atau sebahagian dari simpanan akaun 2.

KESIHATAN & PENDIDIKAN

Pada zaman yang mempunyai kemajuan teknologi serta penemuan perubatan yang ada telah meningkatkan jangka hayat dan kualiti kehidupan manusia. Namun hakikatnya kos penjagaan kesihatan semakin hari semakin mahal.

Pihak KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan menbuat pengeluaran daripada simpanan akaun 2 mereka. Pembiayaan kos rawatan penyakit kritikal, modal beli peralatan bantuan kesihatan dan rawatan kesuburan dibenarkan.

Pencarum juga boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka untuk tujuan pendidikan dari akaun 2. Pembiayaan bagi pendidik diri sendiri, pasangan (suami isteri), anak-anak dan ibu bapa dibenarkan.

PENGELUARAN KWSP (MENUNAIKAN IBADAH HAJI)

Bagi memudahkan perjalanan ahli KWSP yang beragama islam untuk menunaikan ibadah haji, pihak KWSP meluluskan pengeluaran simpanan akaun 2. Inisiatif khas ini adalah sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai modal perbelanjaan mereka.

PANDUAN MOHON PENGELUARAN KHAS KWSP

Kemudahan istimewa ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana jua sepanjang tahun kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button