BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Tambahan RM 100 Sebulan Untuk Penerima STR (MySARA 2024)

Untuk makluman anda, inisiatif tambahan ini adalah merupakan bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan. Bantuan Tambahan RM 100 sebulan (MySara 2024) akan mula dikreditkan kepada penerima STR yang layak pada Januari secara berperingkat.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN TAMBAHAN RM 100 SETIAP BULAN

Pada sidang Belanjawan 2024, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (MySARA). Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan insentif tambahan ini pada tahun hadapan.

Pada tahun lalu, sekitar lebih daripada 200,000 penduduk Malaysia telah menerima insentif SARA ini sebanyak RM600. Apa yang menarik adalah bagi sesi tahun 2024, bantuan khas ini akan diperluaskan kepada 700,000 penerima STR yang berkelayakan.

Bantuan ini bukanlah diberikan secara tunai, ianya akan dikreditkan ke dalam Mykad secara berperingkat. Kadar insentif juga akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 sebelum ini.

MANFAAT BANTUAN TAMBAHAN RM 100 MYSARA 2024

Inisiatif istimewa ini diperkenalkan bertujuan membantu meringankan beban golongan yang terjejas terdiri daripada penerima STR. Amaun bantuan yang disalurkan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.

KADAR JUMLAH BANTUAN MYSARA MENGIKUT KATEGORI

Pada tahun lalu, hanya kategori miskin tegar sahaja akan menerima insentif ini. Namun bagi tahun 2024, bantuan ini akan diperluaskan dan ditambah baik, kadar bantuan mengikut kategori adalah seperti berikut :

  • Penerima STR berstatus miskin dan miskin tegar dibawah ekasih/ JKM : RM1,200
  • Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus miskin (tegar) : RM300
  • Penerima STR kategori bujang dan warga emas bukan berstatus miskin : RM150

Nota : Untuk penerima STR miskin tegar, mereka akan menerima insentif ini pada kadar RM100 bermula Januari sehingga Disember 2024. Bagi kategori lain, tarikh pemberian insentif ini akan dimaklumkan kelak.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYSARA 2024

Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan secara online. Untuk cek, sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button