BANTUAN KERAJAAN

Pengeluaran Khas KWSP Serendah RM 3,000 Kini Dibenarkan

Untuk makluman ahli dan pencarum, ini merupakan salah satu inisiatif kemudahan pengeluaran yang disediakan oleh KWSP.Pengeluaran Khas KWSP serendah RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 kini telah dibenarkan dan boleh dilakukan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

PENGELUARAN KWSP KHAS (FASA 1)

Bagi pengetahuan umum, bermula April lalu pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran khas. Skim pengeluaran bersyarat Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini adalah merupakan inisiatif kemudahan pembiayaan.

Perkenalan FSA2 ini adalah kemudahan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi dari pihak institusi perbankan. Simpanan dalam akaun 2 boleh digunakan sebagai bayaran pembiayaan peribadi ini melalui permohonan awal pengeluaran bersyarat.

Pengeluaran khas bersyarat FSA2 ini secara rasminya akan dilaksanakan 2 fasa dengan melibatkan syarat kelayakan yang berbeza. Untuk masa ini pengeluaran fasa pertama sahaja yang boleh dimohon oleh para pencarum.

KADAR PENGELUARAN KWSP KHAS (FSA2)

Pihak kumpulan wang simpanan pekerja atau lebih dikenali sebagai KWSP telah menetapkan kadar jumlah pengeluaran yang dibenarkan melalui fsa2 ini. Amaun RM3,000 adalah kadar terendah yang boleh dikeluarkan sehingga maksimum RM50,000 secara one-off.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS FSA2

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon pengeluaran khas bersyarat FSA2 ini seperti :

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP yang umur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa pertama)
  • Memenuhi dan mematuhi terma serta syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 minimum RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000.

Nota : Untuk pengeluaran fasa 1, institusi perbankan yang terlibat hanya ada 2 iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Kepada ahli/ pencarum KWSP yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online dengan mudah. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button