BANTUAN KERAJAAN
Trending

Semakan Kelayakan & Cara Daftar Bantuan Khas e-Wallet RM 300

Untuk makluman umum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan dan boleh dimohon pada tahun ini.Bantuan Khas e-Wallet RM300 sebulan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban golongan B40.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KHAS E-WALLET RM300

Selain daripada insentif tambahan eMadani, terdapat satu lagi inisiatif yang diberikan dalam bentuk eWallet yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera. Melalui program khas ini, kadar bantuan kredit RM300 akan diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak bersamaan RM3,600 setahun.

Tujuan utama perlaksanaan program Bingkas ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga demi menguruskan hal ehwal dalam keluarga. Dengan adanya insentif bulanan ini dapat membantu meringankan beban dengan pembelian barangan keperluan asas.

Pihak kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30,000 isi rumah akan dapat gunakan manfaat ini secara bulanan. Bantuan istimewa ini disalurkan secara ewallet bukan tunai, nilai RM300 tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas dan peralatan sekolah anak.

KELAYAKAN MOHON BANTUAN KHAS E-WALLET

Dibawah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi memohon bantuan khas Bingkas bernilai RM300 sebulan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Golongan B40 dan Miskin
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah
  • Pemilih berdaftar
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor.

CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN E-WALLET RM300

Kepada mereka yang memerlukan dan menepati syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi Bingkas – DI SINI

Bagi memudahkan urusan proses semakan borang permohonan, pemohon perlu sediakan senarai dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan pasangan)
  • Salinan mykid/ surat lahir/ kad pengenalan (Anak atau tanggungan)
  • Salinan sijil penceraian/ laporan polis/ sijil kematian (Kategori ibu bapa tunggal)
  • Salinan slip gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan dari ketua komuniti bagi pemohon yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button