BANTUAN KERAJAAN
Trending

Tarikh Bayaran & Semakan Status Bantuan MySTR Fasa Pertama

Untuk makluman anda, perlaksanaan pemberian bantuan tunai STR ini adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang diperkenalkan pada tahun ini. Tarikh bayaran dan Semakan Status fasa pertama Sumbangan Tunai Rahmah telah dimaklumkan oleh kerajaan. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

SEMAKAN STATUS

Pihak kerajaan perpaduan telah mengumumkan bahawa bermula 1 November 2023, semakan status pengemaskinian dan pendaftaran baru dibuka. Seluruh rakyat Malaysia yang terlibat boleh kemukakan permohonan dan kemaskini maklumat bagi mendapatkan bayaran bagi tahun 2024.

Kemaskini maklumat terkini adalah penting bagi meletakan status anda di kategori penerima yang sepatutnya. Hal ini kerana kadar jumlah keseluruhan STR telahpun dinaikkan kepada RM3,700 berbanding sebelum ini RM3,100.

KADAR BANTUAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Kadar pemberian bantuan tunai STR tahun 2024 mengikut kategori telahpun dimaklumkan oleh pihak kerajaan. Dibawah dikongsikan jumlah bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan.

Kategori isi rumah pendapatan dibawah RM2,500 atau golongan B40, jumlah bayaran adalah sehingga RM2,500. Kadar nilai bantuan adalah tertakluk pada bilangan tanggungan anak berumur 18 tahun kebawah.

Manakala bagi isi rumah pendapatan dibawah RM5,000 atau golongan M40 pula, jumlah bayaran adalah sehingga RM1,250. Nilai kadar bantuan juga ditentukan dengan bilangan tanggungan anak yang berumur 18 tahun kebawah.

Untuk kategori bujang berumur 21 tahun keatas, jumlah bayaran tahun ini adalah RM500 dan warga emas berumur 60 tahun keatas pula RM750. Ini semua adalah jumlah bantuan yang akan dipecahkan mengikut fasa pembayaran.

TARIKH BAYARAN MYSTR 2024 FASA PERTAMA

Seperti sedia maklum, jadual rasmi bayaran STR fasa pertama (1) telahpun dimaklumkan. Pengagihan bantuan tunai STR fasa 1 akan mula disalurkan pada bulan Februari 2024 sebelum menyambut ramadhan.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR

Bagi mereka yang belum mengemaskini maklumat terkini, kalian disarankan untuk kemaskini segera bagi mendapatkan bayaran bagi tahun hadapan. Kepada yang bukan penerima STR, anda boleh kemukakan permohonan baharu bermula hari ini.

Untuk semakan status dan daftar permohonan, panduan telah disediakan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button