BANTUAN KERAJAAN
Trending

Senarai Barang Yang Boleh & Tidak Boleh Dibeli Menggunakan Kredit E-Wallet RM 100

Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan kredit ini telah mula dilancarkan pada 4 Disember lalu.Senarai barang yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan kredit ewallet bernilai RM100 telah dimaklumkan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI

Pihak kerajaan persekutuan telah melaksanakan sebuah program pemberian insentif tambahan RM100 kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 tahun keatas. Dengan amaun tersebut, mereka yang berjaya tebus boleh membelanjakan sebelum tarikh luput pada Februari 2024.

Namun terdapat perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan menggunakan kredit RM100 tesebut. Kredit eMadani ini hanya boleh digunakan bagi pembelian di kedai fizikal sahaja.

Ini merupakan sebuah inisiatif bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai serta meringankan beban rakyat pendapatan dibawah RM100,000 setahun. Cadangan senarai barang yang boleh dibeli menggunakan kredit RM100 ini seperti dibawah :

  1. Makanan & minuman
  2. Barangan asas dapur
  3. Keperluan rumah
  4. Peralatan persekolahan
  5. Pakaian dan aksesori
  6. Barang penjagaan peribadi

PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN MELALUI EMADANI

Kepada pengguna yang berjaya tuntut, anda tidak boleh membuat pembelian dengan kredit RM100 tersebut untuk tujuan seperti berikut :

  • Semua pembelian secara online
  • Pelaburan atau insurans
  • Pengeluaran tunai (Cash out)
  • Tol dan parking
  • Penghantaran kredit (transfer)
  • Pembayaran bil termasuk JOMPay
  • Pembayaran telco termasuk tambahan nilai prepaid
  • Tiket hiburan, permainan dalam talian dan kredit permainan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk tuntut kredit ewallet RM100 ini seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun keatas
  • Pendapatan dibawah RM100,000 setahun
  • Penerima eBeliaRahmah tidak layak tebus

CARA DAFTAR & TUNTUT KREDIT EMADANI

Kepada mereka yang belum tebus, anda boleh tuntut kredit RM100 ini secara percuma sehingga Februari 2024. Untuk daftar dan tebus sila pilih aplikasi digital edompet pilihan masing-masing seperti berikut :

Nota : Kredit eWallet RM100 ini hanya boleh dibelanjakan di mana-mana kedai fizikal dan ianya tidak boleh ditukar kepada tunai.

TEMPOH PROGRAM KHAS KREDIT RM100

Daftar dan tuntutan kredit percuma ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja, tempoh program ini adalah bermula 4 Disember sehingga 20 Februari 2024. Tarikh hari akhir yang boleh digunakan adalah pada 29 Februari 2024.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button