BANTUAN KERAJAAN
Trending

Pengeluaran KWSP Serendah RM 3,000 Kini Dibenarkan Melalui FSA2

Inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan pada bulan April lalu bagi memberi manfaat kepada pencarum KWSP.Pengeluaran KWSP Serendah RM3,000 Sebuah kemudahan telah dilaksanakan dan boleh dilakukan oleh ahli melalui skim FSA2.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

PENGELUARAN KWSP SERENDAH RM3000

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan skim pengeluaran khas bersyarat melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 bermula April lalu. Untuk makluman, kemudahan FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan syarat berbeza.

Untuk waktu ini, pengeluaran FSA2 KWSP bagi fasa 1 telah boleh dilakukan dan boleh dimohon secara online. Ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan boleh kemukakan permohonan pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup yang akan dimaklumkan.

Tujuan utama pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP ini diwujudkan adalah bagi membantu ahli untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan. Melalui FSA2, ahli boleh membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.

KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP RM3000

Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi membuat pengeluaran FSA2 adalah seperti berikut :

  • Ahli KWSP – umur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Mempunyai minimum RM3000 dalam akaun 2
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000

Untuk pengeluaran KWSP FSA2 fasa pertama, institusi perbankan yang terlibat hanya ada 2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

KADAR PENGELUARAN KWSP YANG BOLEH DILAKUKAN

Pihak KWSP telah menetapkan kadar jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan melalui FSA2 adalah serendah RM3000. Kadar maksimum yang dibenarkan adalah sehingga RM50000 dan diberikan secara one-off.

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN SERENDAH RM3000

Jika anda sedang memerlukan dan berkelayakan, permohonan pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button