BANTUAN KERAJAAN
Trending

Senarai Penerima Bantuan Khas RM 100 Sebulan Dikreditkan Ke MyKad

Insentif tambahan ini adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat.Bantuan Khas RM 100 sebulan telah mula dikreditkan ke dalam Mykad penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KHAS RM 100 SETIAP BULAN

Kerajaan perpaduan telah melaksanakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan bakul yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Untuk makluman, program bantuan istimewa ini tidak perlu kemukakan permohonan.

Bantuan khas ini diberikan secara automatik kepada penerima STR yang berada dalam kategori miskin. Kadar bayaran bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM600 dan dikreditkan dalam mykad bermula julai sehingga Disember ini.

Dengan adanya amaun bernilai RM100 setiap bulan ini, mereka yang dapat boleh menggunakan nilai tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya atau kedai runcit berdaftar seluruh negeri.

BANTUAN KHAS RM 100 SEBULAN DIPERLUAS PADA 2024

Berita gembira untuk rakyat kerana pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bersetuju untuk menaikkan kadar jumlah bantaun SARA pada tahun hadapan. Kadar akan ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun 2023.

Kepada penerima STR isi rumah miskin tegar akan menerima insentif ini bermula Januari sehingga Disember 2024 pada kadar yang sama iaitu RM100 sebulan. Bukan itu sahaja, golongan penerima STR bukan dari kategori miskin tegar turut akan mendapatkan manfaat SARA nanti.

Kategori bujang dan warga emas juga akan menerima bantuan tambahan ini bernilai RM150. Dengan bantuan ini telah diperluaskan akan dapat membantu meringankan lebih ramai rakyat yang memerlukan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN KHAS (SARA)

Jika anda merupakan penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan secara online sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Untuk semakan, sila layari laman rasmi Mykasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button