BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Sebanyak RM 480 Setahun Untuk Suri Rumah

Untuk makluman, inisiatif istimewa ini merupakan kemudahan caruman yang telah disediakan oleh pihak KWSP pada tahun ini.Bantuan RM 480 setahun boleh didapatkan oleh golongan suri rumah, isteri yang tidak berkerja melalui skim khas ini. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN RM480 SETAHUN

Pelbagai jenis kemudahan telah disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu ahli mendapatkan manfaat dari program yang ada. Salah satu yang ada dan boleh dimohon adalah skim caruman i-suri KWSP yang ditawarkan khas kepada wanita.

Kemudahan kasih suri ini telah diperkenalkan oleh pihak KWSP pada tahun 2018 dan masih diteruskan pada tahun ini bagi membantu golongan suri rumah. Dengan adanya skim seperti ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai isteri terutama golongan suri rumah yang memerlukan.

KRITERIA KELAYAKAN DAPATKAN BANTUAN RM 480 I-SURI KWSP

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan elaun suri rumah RM480 setahun ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Isteri kepada ketua isi rumah (KIR)
  • Umur belum mencapai 60 tahun
  • Merupakan wanita (KIR) janda/ bercerai atau bujang
  • Pemohon adalah golongan suri rumah yang berdaftar dalam pengkalan data kemiskinan negara (Ekasih)
  • Perlu mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

MANFAAT MENYERTAI SKIM I-SURI KWSP

Antara manfaat dan faedah dan boleh didapatkan dalam kemudahan skim kasih suri ini adalah seperti :

  • Menerima insentif tambahan minimum RM40 sebulan bersamaan RM480 setahun
  • Automatik layak terima bantuan khairat kematian berjumlah RM2,500
  • Terima dividen tahunan dari KWSP

Nota : Insentif bantuan tambahan suri rumah atau caruman i-suri akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP dua (2) kali dalam setahun. Iaitu bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

PANDUAN DAFTAR I-SURI KWSP (INSENTIF RM480)

Kepada pencarum/ ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, anda boleh daftar permohonan menyertai program kasih suri ini bagi mendapatkan manfaat yang ada. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Kasih Suri KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button