BANTUAN KERAJAAN
Trending

Jadual Pembayaran Untuk Penerima MySTR 2024 Mengikut Fasa

Untuk makluman anda, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat.Jadual Pembayaran bantuan tunai STR mengikut fasa telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan perpaduan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

JADUAL PEMBAYARAN MENGIKUT FASA

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memperkenalkan program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun 2023. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bagi sesi tahun 2024.

Apa yang lebih menarik adalah kadar pemberian telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 pada tahun 2023. Bukan itu sahaja, semua kategori akan dapat amaun jumlah bantuan yang lebih tinggi berbanding tahun ini.

Jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 telah dimaklumkan mengikut fasa seperti di bawah.

  • Bayaran Fasa 1 : Pada Februari 2024
  • Bayaran Fasa 2 : Pada April 2024
  • Bayaran Fasa 3 : Pada Ogos 2024
  • Bayaran Fasa 4 : Pada November 2024

Kaedah pembayaran STR 2024 akan dijalankan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN.

Jumlah bayaran mengikut fasa adalah berbeza dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Apa yang pasti pemberian fasa pertama STR 2024 akan diberikan sehingga RM500 kepada isi rumah, RM100 untuk bujang dan RM150 untuk warga emas.

KADAR PEMBAYARAN MYSTR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Perkara penting yang perlu diketahui adalah berapa jumlah kadar bayaran STR 2024 yang akan diterima mengikut kategori kelayakan seperti disediakan di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • 0 anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • Lebih 5 anak – RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • 0 anak – RM500
  • 1-2 anak – RM750
  • 3-4 anak – RM1,000
  • Lebih 5 anak – RM1,250

KATEGORI BUJANG DAN WARGA EMAS

  • Bujang : RM350 tambahan RM150 (SARA)
  • Warga emas : RM600 tambahan RM150 (SARA)

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MAKLUMAT MYSTR

Bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh membuat semakan status dan kemaskini maklumat terkini STR secara online. Untuk kemaskini maklumat, semakan status atau permohonan baharu, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button