BANTUAN KERAJAAN
Trending

Kadar Pembayaran Fasa 1 MySTR 2024 Mengikut Kategori Penerima

Untuk maklum anda, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan STR ini secara rasmi akan diteruskan pada tahun hadapan. Kadar Pembayaran fasa 1 MySTR 2024 mengikut kategori penerima telah dimaklumkan awal bagi memudahkan rakyat Malaysia.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

KADAR JUMLAH PEMBAYARAN MySTR 2024

Untuk pengetahuan umum, pada sidang Belanjawan 2024 Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah mengumumkan bahawa bantuan tunai STR akan terus dilaksanakan pada tahun depan.

Apa yang lebih menarik adalah kadar jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dinaikkan mengikut kategori kelayakan. Dengan adanya insentif ini dapat membantu sedikit sebanyak golongan B40, M40 dan miskin tegar bagi meringankan beban mereka.

Kadar jumlah bagi kategori isi rumah adalah sehingga RM3,700 termasuk bantuan tambahan (SARA). Manakala bagi kategori belia bujang dan warga emas pula adalah sebanyak RM500 dan RM750 (Jumlah termasuk bantuan SARA).

Seperti tahun ini, pembayaran bagi STR 2024 akan disalurkan berperingkat mengikut fasa pembayaran. Kaedah pemberian bantuan adalah secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN.

KADAR PEMBAYARAN MYSTR 2024 (FASA 1) MENGIKUT KATEGORI

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pembayaran STR fasa pertama bagi tahun 2024 akan mula disalurkan pada bulan Februari (Sebelum ramdhan). Dibawah dikongsikan maklumat berkenaan kadar bayaran STR fasa 1 mengikut kategori.

KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM100

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (>5) : RM500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (>5) : RM300

Nota tambahan : Kepada kategori isi rumah yang terdiri daripada kumpulan miskin tegar tersenarai dalam ekasih. Mereka akan menerima insentif tambahan SARA berjumlah RM1,200 pada tahun 2024.

SEMAKAN STATUS & PERMOHONAN BARU MYSTR 2024

Sekiranya anda ingin membuat semakan kemaskini atau permohonan baru STR, ia boleh dilakukan bermula 1 November lalu. Untuk semak sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button