BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Kewangan Sebanyak RM 1000 Secara One-Off

Pelbagai inisiatif serta bantuan kepada rakyat telah diumumkan untuk meringankan kos sara hidup mereka.Bantuan Kewangan sebanyak RM1000 Kepada Rakyat Malaysia Secara One-Off. Pembentangan Belanjawan 2024 Kerajaan Madani sudah dilaksanakan pada Jumaat lepas.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KEWANGAN

Pada Belanjawan 2024 ini yang bertemakan Ekonomi MADANI : Memperkasa Rakyat yang menumpukan Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan dan Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.

Oleh hal demikian, kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan bagi tahun hadapan untuk meningkatkan darjat hidup rakyat termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah 2024 dan bantuan one-off RM2000 untuk penjawat awam.

BANTUAN KEWANGAN RM 2000

Berita baik kepada penjawat awam, kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awan sebanyak RM2,000.

Bantuan ini layak kepada smua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

BANTUAN KEWANGAN RM 1000

Kerajaan turut akan memberikan bantuan kewangan RM1,000 untuk semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Bayaran RM1,000 tersebut turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuklah veteren berpencen serta tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN

Bayaran ini akan dikreditkan secara sekali-gus pada akhir Februari 2024 bagi persediaan persekolahan anak-anak dan persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button