BANTUAN KERAJAAN
Trending

Kredit E-Tunai Percuma Sebanyak RM 100 Untuk B40 & M40

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Di dalam pembentangan tersebut beliau berkata, bantuan ini diberikan untuk memberi galakan kepada rakyat Malaysia berbelanja tanpa tunai melalui Kredit E-Tunai.

Sekiranya anda adalah rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas, anda adalah layak untuk menerima bantuan e-wallet sebanyak RM100 yang diberikan ini.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

KREDIT E-TUNAI RM100

Bantuan kredit e-tunai ini diberikan kepada golongan dewasa setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada daripada program e-tunai sebelum ini ke atas rakyat Malaysia.

Beliau berkata, bantuan ini akan memanfaatkan lebih daripada 10 juta penerima yang merangkumi daripada setiap golongan B40 dan juga M40 di seluruh Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 dan tahun ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

KADAR BAYARAN KREDIT E-TUNAI

Setiap kelayakan penerima ataupun individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak :

  • RM100

TARIKH BAYARAN

Ketika ini, tiada lagi makluman rasmi mengenai tarikh dan waktu pembayaran untuk bantuan khas ini. Apa yang pasti bantuan khas ini akan dilaksanakan pada suku akhir tahun ini iaitu OKTOBER 2023.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button