BANTUAN KERAJAAN
Trending

Jadual Bayaran Sebanyak RM 800 Bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) : Untuk makluman anda, (BMT) ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan pada sidang Belanjawan 2023.Pemberian Bantuan RM800 akan mula dibayar secara berperingkat tidak lama lagi kepada rakyat. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan insentif tambahan BMT bagi tahun ini. Atas dasar keprihatinan kerajaan, kadar bayaran telah ditingkatkan daripada RM600 tahun sebelum kepada RM800 tahun ini.

Melalui program pemberian bantuan khas BMT ini, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM256 juta dan akan memberi manfaat kepada sekitar 320,000 penerima.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan istimewa ini adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang berkelayakan bagi menghadapi musim tengkujuh. Jumlah bayaran RM800 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selama 4 bulan berturut-turut.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Berikut adalah jadual rasmi bayaran bagi BMT tahun ini mengikut fasa seperti di bawah :

  • Fasa 1 (November) 2023 : RM200
  • Fasa 2 (Disember) 2023 : RM200
  • Fasa 3 (Januari) 2024 : RM200
  • Fasa 4 (Februari) 2024 : RM200

Penerima yang berkelayakan akan diproses untuk menerima bayaran bantuan secara transaksi atas talian (EFT) ke dalam akaun bank yang aktif didaftarkan dalam borang permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk maklumat, permohonan bagi program bantuan BMT 2023 mula dibuka pada tarikh 15 Jun 2023 dan ditutup pada 15 September 2023. Kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan bermula November ini sehingga Februari tahun hadapan (Tempoh 4 bulan berturut-turut).

SEMAKAN STATUS BMT 2023

Kepada mereka yang berkenaan, semakan status bayaran boleh dilakukan secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi BMT RISDA – DI SINI

Kelayakan bagi mendapatkan manfaat dari insentif ini adalah rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan pesawah dan pekebun kecil getah. Inisiatif ini diadakan bagi meringankan beban serta meminimum beban sara hidup kumpulan yang berkaitan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.Serta klik link di bawah ini untuk menyertai group telegram.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button