BANTUAN KERAJAAN
Trending

Cara Memohon Rumah PPR Serendah RM 250 Bulanan Untuk B40

Sekiranya anda dikalangan rakyat Malaysia yang masih belum mempunyai rumah sendiri, anda boleh cuba untuk memohon rumah tersebut melalui Program Perumahan Rakyat (PPR).Program tersebut menawarkan harga rumah pada kadar mampu milik, bahkan ianya boleh disewa dengan kadar bulanan serendah RM250 sahaja.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Salah satu usaha kerajaan dalam membantu golongan B40 dinegara ini adalah menyediakan tempat kediaman pada kadar terendah menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR).

Melalui program tersebut, terdapat dua skim perumahan iaitu :

  • PPR Disewa
  • PPR Dimiliki

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Terdapat beberapa ciri rumah PPR ini :

  • Kawasan bandar-bandar besar – Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar – Jenis rumah teres
  • Keluasan  – Tidak kurang daripada 700 kps
  • Binaan – 3 bilik tidur – 1 ruang tamu – 1 ruang dapur – 2 bilik air
  • Kemudahan asas – Dewan komuniti / ruang orang ramai – Surau / ruang solat – Gerai makan / ruang niaga – Tadika – Kemudahan OKU – Taman permainan / kawasan lapang – Rumah sampah

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan bagi setiap permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) ini :

Skim PPR Dimiliki

Syarat kelayakan bagi permohonan skim PPR Dimiliki ini adalah :

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan 
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Skim PPR Disewa

Syarat kelayakan bagi permohonan skim PPR Dimiliki ini adalah :

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah ≤ RM3,000 sebulan 
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

CARA MOHON

Sekiranya anda ingin memohon, boleh ikuti langkah di bawah ini :

  1. Buka laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel) dan klik ‘Daftar’
  3. Anda akan menerima satu emel untuk anda membuat pengesahan. Buka emel dan buat pengesahan akaun
  4. Kemudian log masuk ke portal SPRN seperti biasa
  5. Pilih skim mengikut kelayakan anda
  6. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan
  7. Pilih projek (PPR)
  8. Muat naik dokumen yang diminta
  9. Setelah lengkap permohonan, bolehlah anda mengemaskini permohonan anda dengan klik ‘Kemaskini Permohonan’

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Sila RUJUK DISINI untuk mengetahui lebih banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button