BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Kewangan RM 800 Diberikan Selama 4 Bulan

Untuk maklum anda, pemberian BMT ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang disediakan pada tahun 2023.Bantuan Kewangan RM800 akan diberikan secara berperingkat selama 4 bulan kepada rakyat yang berkelayakan. 

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN KEWANGAN RM800

Pada pembentangan Belanjawan 2023, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif BMT atau dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh. Perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas pada musim tengkujuh.

Program pemberian BMT ini diperkenalkan kerajaan dibawah kedalian RISDA pada tahun ini. Apa yang menarik adalah kadar bantuan telah dinaikkan daripada RM600 kepada RM800.

JADUAL BAYARAN BMT RM800

Seperti sedia maklum, jadual pembayaran bantuan musim tengkujuh telahpun dimaklumkan akan dikreditkan berperingkat bermula :

  • November 2023 : RM200
  • Disember 2023 : RM200
  • Januari 2024 : RM200
  • Februari 2024 : RM200

Semua pembayaran akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke dalam akaun bank aktif yang telah didaftarkan penerima semasa permohonan dibuat.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, permohonan BMT tahun ini dibuka pada tarikh 15 Jun sehingga 15 September 2023. Untuk semakan penuh berkenaan bantuan khas ini, sila ke laman utama BMT RISDA – DI SINI

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN BMT

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program BMT 2023 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan dari 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Setiap 1 lot hanya seorang pekebun kecil (Pemilik tanah penoreh)
  • Pemilik tanah yang sah bagi pemilik pengusaha atau pengesahan daripada pemilik tanah bagi penoreh bukan pemilik
  • Mempunyai kad permit autogriti getah (PAT-G) yang masih aktif (Untuk penoreh bukan pemilik sahaja)

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button