KWSP
Trending

Pengeluaran Bersyarat RM 10,000 Simpanan KWSP Telah Diluluskan

Untuk makluman anda pihak KWSP telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran bermula April 2023.Pengeluaran KWSP Bersyarat kini sudah boleh dimohon oleh ahli bagi fasa 1, permohonan telah dibuka.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT

Seperti sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan pelbagai inisiatif kemudahan pengeluaran kepada ahli pada tahun ini. Salah satu kemudahan yang boleh dilakukan oleh pencarum adalah menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2.

Untuk makluman, FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dan buat masa ini permohonan bagi fasa pertama telahpun dibuka. FSA2 adalah merupakan pengeluaran KWSP bersyarat dimana ahli yang berkelayakan boleh mendapatan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Kemudahan ini diperkenalkan adalah bagi membolehkan ahli membuat permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun. Dengan adanya FSA2 ini dapat membantu pencarum untuk mendapatkan pembiayaan peribadi dari pihak bank.

KADAR PENGELUARAN BERSYARAT YANG DIBENARKAN

Apa yang menarik adalah kadar pengeluaran pembiayaan yang boleh dilakukan ahli adalah minimum RM3,000 secara one-off. Manakala jumlah maksimum yang dibenarkan adalah RM50,000 dan ia bergantung pada simpanan dalam akaun 2 serta mematuhi terma dan syarat dari pihak bank.

KRITERIA KELAYAKAN FSA2 KWSP

Di bawah disediakan beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh KWSP seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur belum mencapai 55 tahun (Fasa 1)
  • Simpanan minimum baki akaun 2 : RM3,000
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Memenuhi dan mematuhi terma serta syarat yang ditetapkan oleh pihak bank
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000

Bagi FSA2 KWSP fasa 1, institusi perbankan yang terlibat adalah MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sekiranya ada penambahan bank yang terlibat akan dimaklumkan kelak.

LANGKAH PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Bagi mereka (Ahli KWSP) yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button