BANTUAN KERAJAAN
Trending

Bantuan Tunai Berjumlah RM 8,000 Untuk Rakyat Malaysia B40

Melalui Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada Februari lalu.Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang diberikan adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam) bagi tahun 2023 untuk membantu rakyat Malaysia dalam golongan B40.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN TUNAI RM8,000

MySalam pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40.

Antara manfaat utama MySalam adalah pembayaran tunai RM8,000 yang dibayar sekali (one-off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Senarai penyakit boleh dilihat DI SINI.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2023 dari kalangan B40;
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 21 hingga 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Tuntutan mySalam bagi Penyakit Kritikal boleh dibuat seperti mana tatacara yang ditetapkan berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritika
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lengkap berkenaan mySalam, semakan dan tuntutan boleh dibaca serta dikemukakan – DI SINI.

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button