KWSP
Trending

5 Jenis Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenarkan

Untuk makluman anda, pelbagai kemudahan pengeluaran telah disediakan oleh KWSP bagi membantu para pencarum mengeluarkan wang mereka.

Terdapat 5 pengeluaran Penuh KWSP yang dibenarkan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh ahli sepanjang tahun 2023.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

5 PENGELUARAN PENUH KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan kepada ahli KWSP yang berkelayakan melalui e-pengeluaran. Menerusi kemudahan ini pencarum boleh melakukan pengeluaran pada bila-bila masa dan dimana jua.

Inisiatif kemudahan ini boleh dilakukan secara pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian melalui akaun 1 dan akaun 2. Ahli perlu menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan untuk mengeluarkan wang simpanan melalui e-pengeluaran KWSP.

Di halaman kali ini dikongsikan maklumat mengenai 6 pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan pada tahun ini kepada para pencarum.

PENGELUARAN HILANG UPAYA

Sekiranya ahli KWSP dilanda musibah seperti kehilangan upaya dari segi fizikan atau mental, pengeluaran kesemua simpanan KWSP dibenarkan. Bagi pencarum yang layak, anda akan menerima insentif RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya untuk meringankan beban kewangan.

PENGELUARAN PENUH KEMATIAN

Jika anda meninggal dunia, simpanan KWSP tersebut merupakan jaminan kepada mereka yang tersayang dan dapat membantu meringankan beban kewangan. Pihak KWSP amat menggalakan ahli membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebaran kesulitan berlaku.

PENGELUARAN PENUH UMUR 55

Kepada ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu ke dalam akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan di dalam akaun 55. Mereka boleh mengeluarkan secara sepenuhnya atau sebahagian dari simpanan akaun ini pada bila-bila masa.

UMUR 60 TAHUN

Inisiatif khas ini adalah lanjutan dari pengeluaran umur 55 tahun, kepada ahli yang telah mencapai umur 60 tahun. Pengeluaran kesemua simpanan KWSP dalam akaun 55 dan akaun emas akan digabungkan untuk pengeluaran dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

BERPENCEN DAN BERSARA

Pengeluaran penuh turut dibenarkan kepada pekerja berpencen dan pesara pilihan. Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB) membolehkan para ahli KWSP yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam bertaraf pencen untuk mengeluaran simpanan KWSP masing-masing.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PENGELUARAN

Kepada mereka yang ingin melakukan pengeluaran penuh KWSP, ia boleh dilakukan sepanjang tahun ini. Syarat kelayakan dan panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button