KWSP

Pengeluaran Wang Simpanan Akaun 1&2 KWSP Telah Dibenarkan Oleh CEO KWSP

Berita baik, CEO KWSP Benarkan Pengeluaran Wang Akaun 1 & 2 kepada ahli yang layak sahaja.Simpanan Pengeluaran KWSP terbahagi kepada 2 Akaun. Akaun 1 adalah untuk pengeluaran secara penuh.

Manakala, akaun 2 KWSP pula berfungsi untuk pengeluaran secara sebahagian sahaja mengikut syarat yang ditentukan.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pengeluaran yang dibenarkan.

CEO KWSP BENARKAN PENGELUARAN PENUH KWSP AKAUN 1 & 2

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.

i-Akaun adalah sistem yang membolehkan ahli KWSP berurusan dengan badan simpanan kewangan ini secara mudah dan cepat.

BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

MENUNAIKAN HAJI

Pencarum yang beragama Islam berusia 55 tahun dan ke bawah yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran maksimum RM 3,000 atau baki akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah.

MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang telah melepas atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

MASALAH KESIHATAN

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan atau peralatan bantuan kesihatan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP.

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button