BANTUAN KERAJAAN

Bantuan E-Tunai Sebanyak RM 100 Dikreditkan Pada Awal Oktober

Berita baik, kerajaan umum bantuan e-tunai RM100 kepada rakyat Malaysia.Bantuan RM 100 Yang Akan Dikreditkan Awal Bulan Oktober. Bantuan eWallet RM 100 .

Perdana Mneteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru baru ini mengumumkan bantuan eWallet RM100 akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas.

Sila ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan yang diberikan ini.

BANTUAN TAMBAHAN KHAS E-TUNAI

Jika sebelum bantuan berbentuk e-Wallet ini hanya diberikan kepada golongan belia serta pelajar universiti, kini skop pemberian ini telah dibesarkan kepada golongan B40 dan M40.

Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan terima manfaat daripada e-Kredit Rahmah RM 100 ini.

JUMLAH BAYARAN

Amaun bantuan ini e-Kredit Rahmah ini adalah RM 100 bagi setiap individu.

Pembayaran dilaksanakan secara e-Kredit dan bukannya secara wang tunai.

SYARAT KELAYAKAN

Mesti anda tertanya-tanya, apakah syarat kelayakan yang dikehendaki untuk menerima bantuan ini.

Antara syaratnya adalah

  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tahunan bawah RM 100,000 bagi setiap individu

Itu sahaja syarat yang diperlukan.

CARA BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, cara penerimaan bantuan hanya boleh dilakukan di salah satu aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan iaitu

  1. TNG E-Wallet
  2. Boost
  3. Setel

Anda perlu pilih SATU SAHAJA daripada aplikasi diatas.

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayaran pula, belum ada diumumkan setakat ini. Tetapi menurut Timbalan Menteri Kewangan 1, perkembangan terkini mengenai bantuan tersebut akan diumumkan dari masa ke masa.

Pembayaran akan dilancarkan pada suku keempat tahun iaitu dari Oktober hingga Disember depan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan info bantuan yang lain sila klik link dibawah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button